Wednesday, June 1, 2011

Drama Orang Susah

Entri kedua selepas berpantang, kisah orang susah dari segi material.

Aku mungkin susah, tapi tak sesusah orang yang lebih susah.

Orang susah ini, dihantui kesusahan lamanya. Drama-drama melayu secara positifnya tunjukkan bagaimana orang susah gunakan kesusahan lalu sebagai medium untuk dia majukan diri. Yang negatifnya pula, kesusahan itu terus-terusan menjadi inferiority complex dalam diri dia.

Dalam lirik drama melayu juga, banyal kata mudah keluar, "Tak apa, awak mungkin orang susah, tak berharta mana. Tapi saya nampak kemewahan hati budi awak. Awak senangkan orang lain dengan akahlak dan tingkah laku awak." Itulah pujuk rayu pelakon wanita pada pelakon lelaki yang ragu-ragu nak bertemu ayah mertuanya dek kerana takut, tak cukup berharta.

Macamlah aku ini penulis liriknya.

Percayalah, tak ada lelaki yang nakkan orang yang dia sayangi hidup susah sebagaimana dia. Cuma kekadang lelaki itu takut, dia tak dapat penuhi kebiasaan si wanita. Maka selalulah si lelaki ini bersusah hati. Kalau balik ke rumah mertua, ditanya itu dan ini yang tak mampu dijawab dari aspek poketnya. Kasihan si lelaki.

Aku akan kata, lelaki itu kena kuatkan semangat. Si wanita kenalah menyokong si lelaki. Kan di belakang setiap lelaki itu adanya seorang wanita, yang jadi penentu jaya atau gagalnya dia. Dia kena usaha lebih dan elakkan kesusahan yang dia alami dulu jadi pada zuriat dia pula. Sebab nanti, zuriatnya pula akan susah hati bila jumpa bakal mertua.

Akibatnya, kisah orang susah tak akan tamat. Sentiasa akan ada drama itu dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment