Wednesday, June 1, 2011

Selepas Sebulan

Genap sebulan aku menyepi, sengaja berkurung biar lepas episod penting dalam drama setahun setengah di Adelaide ni. Maish belum tamat kisah aku di sini, tapi setidaknya aku dah melangkah sebelah kaki ke seberang. Moga diberi kekuatan oleh Allah untuk aku selesai melangkah dengan kedua-dua kaki ke sebelah sana.

Tak punya apa yang mustahak untuk aku tulis kali ini, walaupun sebagai pemula selepas sebulan berdiam diri. Banyak idea yang menjengah sebelum ini, tapi kepentingannya tak seberapa. Lagipun aku belajar sejak akhir-akhir ini dari tuan Fakir Fikir, menulis itu sangat sukar daripada membaca. Dua-duanya memerlukan pemahaman, tetapi menulis lebih sukar. Patutlah sukar benar untuk aku terjemahkan tiap apa yang aku fikirkan.

Apapun, setiap entri biarlah bermanfaat untuk semua orang. Tidak pasti sejauh mana manfaatnya, tapi aku berusaha untuk menjadikan ia bermanfaat.

Suka aku nak berkongsi tentang anak orang putih di sini.

Bukanlah mereka ini pandai sangat, sebagai penghuni negara maju. Ramai lagi kenalan aku jauh lebih bijak dan kompetatif dari Malaysia. APa yang membezakan kebanyakan anak orang putih dari negara maju ini dengan majoriti rakan-rakan aku (termasuklah aku sendiri yang utamanya), mereka ini sangat yakin, berani dan bersungguh-sungguh untuk menonjolkan idea dan pandangan mereka.

Kebanyakan pembentangan dissertation mereka bukanlah membahaskan isu yang terlalu mega dan luar biasa, tetapi dek kerana yakinnya mereka, menyebabkan situasi pembentangan lebih terbuka dan menjurus kepada banyak persoalan. Isu mudah dibuka menjadi semakin luas dan membina dengan pelbagai soalan-soalan 'kelas satu'. Bila aku berkongsi hal ini dengan rakan PhD serumah, jawapannya "Ah, malas aku soalan-soalan ni. Aku lagi suka kalau tak ada soalan. Diorang bukan tak bole faham sendiri pun."

Mana baik, mana buruk. Mungkin 'value statement yang aku berikan terlalu berat sebelah. Tetapi kita boleh faham nature situasi di sini.

Mana yang baik, sila ambil. Yang buruk, jadikan teladan, sampaikan pada generasi akan datang - especially zuriat kita sendiri.

No comments:

Post a Comment