Friday, June 1, 2012

Jaga-jaga dengan Produk Plastik

Saya memang kerap juga mencadangkan agar semua daripada kita memperhebatkan usaha kitar semula dalam beberapa hasil tulisan saya dalam blog ini. Ada yang mengambil kira peranan kolektif antara orang awam dan Pihak Berkuasa Tempatan, ada ulasan pakar, dan ada saya kongsi tentang masalah sampah di laut. Awal pagi ini saya mendapat pengetahuan baru dan bila saya amati semula, cadangan saya selama ini dipegang asas pukul rata sahaja.

Saya ringkaskan, sebagai pengguna, kita kena ambil langkah-langkah berikut:

1) Pilih barang yang hendak dibeli. Elok beli barang atau bahan yang lupus dan tak perlu kitar semula. Jadi kuranglah hasil sisa kita yang tak ter'degredasi'. Fikir betul-betul sebelum beli (RETHINK).

2) Mustahil untuk laksana sepenuhnya langkah pertama. Jadi saya cadangkan kita beli produk yang baik untuk kesihatan dan menepati keperluan kita sahaja. Tolak pembelian yang sia-sia (REFUSE).

3) Dalam semua barang yang kita beli, lihat kategori label kitar semula. Tahukah bahawa sebenarnya ada 7 kategori label kitar semula. Yang mana ia disimbolkan dengan segitiga kita semula, dan disertakan dengan simbol satu hingga tujuh. Antara ketujuh-tujuh label, cuma yang berlabel 2,4 dan 5 sahaja selamat untuk digunakan semula (REUSE). Manakala selebihnya (label 1, 3, 6 dan 7 tidak selamat untuk digunakan kerana mengandungi bahan kimia berbahaya untuk kesihatan).

Saya baru menemui maklumat ini. Jadi terus buat semakan di rumah, hampir kesemua botol dan bekas plastik yang saya gunakan semula bertanda label 1, which is contained with Polyethelene dan Terephthalate. Botol dan bekas plastik ini cuma boleh digunakan sekali sahaja. Saya terpaksa buang semua tu. Bahaya untuk baby pertama saya dan ibunya.

Saya sertakan link rujukan sebagai bukti kajian yang telah dibuat atas apa yang saya nyatakan di sini dan di sini.

4) Sekiranya produk plastik yang kita gunakan dah sampai masa lupus, eloklah kita lupuskan dengan kaedah paling baik iaitu kitar semula. Bersihkan semampu kita, asingkan antara plastik, besi, kertas dan masukkan ke tong sampah mengikut warna yang telah ditetapkan.

Ada yang katakan kecenderungan saya dalam isu kitar semula ni akibat terpengaruh dengan ideologi kapitalis. Pada saya, pedulilah semua tu. Yang penting saya rasakan benda tu elok dan sedikit sebanyak tingkatkan kesedaran saya untuk lebih jaga kebersihan.

Improve your iman and your lifestyle...

p/s - Langkah yang saya ketengahkan bukanlah satu cadangan yang telah melalui proses kajian. Cuma saya rasakan agak sesuai untuk dibuat praktis secara berdikit-dikit. Kalau tak boleh banyak, buatlah sedikit. Kalau tak boleh langsung, biarlah terdetik di hati dan niatkan nak buat pada lain masa. Moga-moga boleh lebih baik pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment